Malaysian Relief Agency (MRA)

THAILAND

Bantuan Sejak :
2010


Krisis dalaman Thailand berlaku semenjak kurun ke - 17 lagi apabila kerajaan Siam di bahagian utara menjajah dan menyerang kerajaan Kesultanan Melayu Pattani yang berada di bahagian selatan dari menjadi sebahagian daripada wilayah Siam selepas Inggeris mengiktiraf wilayah tersebut selepas menandatangani Perjanjian Anglo - Siam 1902 tanpa persetujuan penduduk Melayu di wilayah Pattani dan memisahkan wilayah itu kepada dua (2) bahagian iaitu Wilayah Selatan (yang meliputi Pattani, Narathiwat, Songkla dan Yala) diserahkan kepada kerajaan Siam manakala Wilayah Utara Semenanjung Tanah Melayu (yang meliputi Perlis,Kedah,Kelantan dan Terengganu) diserahkan kepada phak Inggeris.

Pada mulanya, Umat Islam Pattani memberontak dan kian beransur kelam semangat untuk memperjuangkan kemerdekaan Pattani.

Selepas hampir berdekad lamanya keadaan tenang dan umat Islam yang berada di Wilayah Selatan Thailand land cuba untuk menjalani kehidupan normal, pada tahun 2004 semasa pemerintahan Thaksin Shinawatra, satu (1) operasi pembunuhan beramai - ramai dilakukan oleh pihak tentera ke atas umat Islam di Selatan Thailand.

Antara insiden yang meninggalkan kesan yang mendalam adalah Tragedi Takbai 2004 dan serangan Masjid Krisek, Pattani 2005. Ramai kaum lelaki di tangkap tanpa alasan yang kukuh dan diseksa sehingga kini tiada khabar berita dan itu menjadikan. Ramai kaum wanita yang kehilangan suami atau ahli keluarga terdekat terpaksa menjalankan perniagaan bagi menyara keluarga. Lebih kurang 2,000 kanak-kanak menjadi anak yatim.

MRA dengan rendah hati dan bersemangat membantu golongan ibu tunggal dan anaka yatim yang diketuai oleh Timbalan Presiden MRA, Hj. Khairil Annuar Bin Khalid dan dibantu oleh Mohd Ikhsan Bin Abdul Wahab yang menjalankan program - program setiap tahun bersama-sama rakan NGO tempatan seperti FEHRD, AYATA, YMAT dan banyak lagi NGO.

Antara program - program yang dilaksanakan oleh MRA adalah :

  1. Program pengupayaan ekonomi ibu tunggal
  2. Program penjanaan ekomoni setempat
  3. Program pengupayaan pendidikan anak yatim 
  4. Program Iftar Ramadhan 
  5. Program Qurban Terbaik - Selatan Thailand

ALAMAT

PROGRAM KAMI

SUMBANGKAN KEPADA KAMI

Malaysian Relief Agency
5640 9820 6365

Malaysian Relief Agency Foundation
86000 59478

Malaysian Relief Agency Foundation
39885 91608

Malaysian Relief Agency

C 45 - 2, 
Jalan Danau Lumayan,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur, MALAYSIA.
+603 - 9174 4672 (Tel)
+603 - 9174 6672 (Fax)
+6013 - 337 1672 (WHATSAPP / SMS)

EMEL KEPADA KAMI

admin@mra.my