Malaysian Relief Agency (MRA)

PALESTIN​​

Bantuan Sejak :
2010
Sejak berlakunya serangan ganas tanpa peri kemanusiaan puak zionis lsrael ke atas bumi Gaza yang bermula padaT Julai2014 yang lalu, dilaporkan seramai 1,975 warga Palestin telah terkorban dan hampir 10,000 orang mengalami kecederaan di mana sebahagian besarnya adalah kecederaan serius. Menurut rekod yang diperolehi, dianggarkan sebanyak 8,832 unit rumah musnah sepenuhnya dan 7,960 rosak berat yang tidak boleh didiami kecuali setelah diperbaiki. Juga, terdapat sebanyak 7,960 rumah yang rosak agak teruk namun sebahagian daripada rumah tersebut masih boleh didiami manakala 33,625 unit rumah pula rosak ringan.

Selain daripada kemusnahan rumah penginapan, terdapat 153 buah sekolah dan 186 fasiliti awam rosak dan musnah. 35 buah ambulan, 50 buah bot nelayan dan 200 buah bot biasa dimusnahkan. 161 buah masjid telah rosak di mana 41 daripadanya musnah sepenuhnya. Bekalan air bersih dan bekalan elektrik terjejas teruk kerana turut dimusnahkan.

Kesan daripada serangan ke atas Gaza, hampir keseluruhan penduduk Gaza mengalami masalah bekalan makanan yang tidak mencukupi, malah didapati harga barangan meningkat secara drastik. Hal ini antara lain disebabkan oleh kemusnahan yang berlaku pada ladang tanaman makanan dan ternakan penduduk.

Sebagai permulaan, MRA akan membekalkan 2 buah ambulan. MRA juga berhasrat untuk meneruskan program dapur umum dan membekalkan air bersih khususnya untuk air minuman dan lain-lain keperluan asas domestik. Selain daripada itu, bekalan ubatan dan peralatan hospital akan dibekalkan. Dianggarkan seramai lebih daripada 520,000 penduduk yang hilang tempat penginapan memerlukan bantuan makanan
asas. Sebagai persiapan menghadapi musim sejuk yang bakal tiba, MRA akan mengenalpasti barangan yang diperlukan untuk agihan kepada penduduk.

Sebuah Pejabat Operasi MRA akan dibuka di Cairo bagi kerja-kerja penyelarasan bantuan ke Palestin khususnya di Gaza. 2 orang petugas MRA akan bertolak ke Cairo pada jam 3.25 pagi, 20 Ogos 2014 bagi tujuan ini. Arab Medical Union (AMU) yang berpusat di Cairo akan menjadi rakan pelaksana utama MRA di lapangan. Pihak MRA
akan terus menjalin kerjasama dengan rakan pelaksana di Gaza, antaranya dengan 5 orang doktor perubatan dari hospital-hospital di Gaza yang dibawa oleh MRA ke Malaysia pada tahun 2013 bagi menerima latihan di HUKM.

ALAMAT

PROGRAM KAMI

SUMBANGKAN KEPADA KAMI

Malaysian Relief Agency
5640 9820 6365

Malaysian Relief Agency Foundation
86000 59478

Malaysian Relief Agency Foundation
39885 91608

Malaysian Relief Agency

C 45 - 2, 
Jalan Danau Lumayan,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur, MALAYSIA.
+603 - 9174 4672 (Tel)
+603 - 9174 6672 (Fax)
+6013 - 337 1672 (WHATSAPP / SMS)

EMEL KEPADA KAMI

admin@mra.my