Malaysian Relief Agency (MRA)

PAKISTAN

Bantuan Sejak :
2010
Negara Pakistan telah mengalami banjir yang paling teruk dalam tempoh 80 tahun sejak tJulai 2010. PBB menganggarkan lebih dari 2 juta rumah ditenggelami air atau hanyut dan 6 juta daripada 20 juta orang penduduk Pakistan Utara yang terlibat mengalami kekurangan makanan, tempat berteduh dan bekalan air bersih. Kebinasaan yang berlaku amat besar sehingga kerajaan Pakistan terpaksa meminta bantuan masyarakat dunia untuk menangani bencana alam ini. 

Mangsa banjir bukan hanya hilang tempat berteduh tetapi juga harta benda termasuk tanaman dan binatang ternakan. Manakala kanak - kanak kesejukan, kelaparan serta dijangkiti penyakit yang boleh menyebabkan kematian. Keadaan ini di jangka akan menjadi lebih buruk dengan ketibaan musim sejuk.

Malaysian Relief Agency (MRA) dengan kerjasama NGO tempatan di Pakistan iaitu Islamic Relief Agency (IsRA) dan Pakistan Islamic Medical Association (PIMA) telah membantu mangsa - mangsa banjir di lapangan dengan penghantaran bantuan kecemasan dan perubatan. MRA beroperasi di dua (2) kawasan yang terjejas teruk iaitu di Nowshera dan Charsadda yang terletak di wilayah North West Frontier Province.

MRA menghantar pasukan bantuan kecemasan ke Pakistan bagi menguruskan penghantaran bantuan dari Malaysia dan meninjau dengan lebih dekat lagi keadaan mangsa banjir di sana. Bahan - bahan yang amat diperlukan termasuk tempat berteduh (kanvas), selimut, pakaian, peralatan dapur, makanan, kit kebersihan (hygine kit) dan ubatan - ubatan.

ALAMAT

PROGRAM KAMI

SUMBANGKAN KEPADA KAMI

Malaysian Relief Agency
5640 9820 6365

Malaysian Relief Agency Foundation
86000 59478

Malaysian Relief Agency Foundation
39885 91608

Malaysian Relief Agency

C 45 - 2, 
Jalan Danau Lumayan,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur, MALAYSIA.
+603 - 9174 4672 (Tel)
+603 - 9174 6672 (Fax)
+6013 - 337 1672 (WHATSAPP / SMS)

EMEL KEPADA KAMI

admin@mra.my