Malaysian Relief Agency (MRA)
KENYATAAN AKHBAR
Timbalan Presiden MRA
​Hj. Khairil Annuar Khalid
7 September 2017
1. Malaysian Relief Agency (MRA) mengutuk sekeras-kerasnya Kerajaan Myanmar pimpinan Aung San Suu Kyi yang berterusan melakukan jenayah kemanusiaan dan pencabulan hak asasi manusia melalui operasi ketenteraan secara besar besaran di Wilayah Arakan, Myanmar sejak Ogos lalu.

2. Melalui perangkaan PBB, hampir 120,000 pelarian daripada etnik Rohingya telah melarikan diri ke sempadan Myanmar-Bangladesh kerana ingin menyelamatkan nyawa. Mereka tidak ada tempat tinggal kerana rumah dan kampung mereka telah dibakar serta harta mereka telah dirampas. Di dalam masa yang sama, sejumlah 400,000 pelarian lagi dijangka bakal mengalami krisis kemanusiaan yang meruncing disebabkan terperangkap di dalam zon konflik di wilayah Utara Arakan akibat operasi ketenteraan yang berterusan oleh Tentera Myanmar.

3. Keadaan menjadi lebih tegang apabila usaha puluhan ribu pelarian ini untuk masuk ke negara jiran Bangladesh tidak kesampaian disebabkan oleh kawalan ketat pihak tentera Bangladesh di sempadan. Justeru, situasi mereka ini yang sebahagian besarnya terdiri daripada kaum wanita, kanak kanak dan orang tua menjadi sangat terdesak disebabkan kekurangan makanan dan keperluan-keperluan asas yang lain.

4. MRA ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia yang telah menerima pelarian Rohingya masuk melalui perairan negara. Melalui pemantauan daripada UNHCR, hampir 60,000 pelarian Rohingya yang berdaftar kini berada di Malaysia. MRA adalah antara organisasi kemanusiaan terawal yang masuk ke bumi Arakan, selepas tercetusnya konflik berdarah antara etnik. MRA telah menghantar bantuan berupa makanan, membina telaga air di kem-kem, memberi bantuan Pendidikan dan juga ubat-ubatan yang dianggarkan bernilai RM 2,000,000 hasil sumbangan rakyat Malaysia.
5. MRA terus memperjuangkan nasib etnik Rohingya di Malaysia dengan mengendalikan sebuah sekolah khusus untuk anak-anak Rohingya yang dinamakan Sekolah Komuniti Rohingya (RCS) yang terletak di Kg Cheras Baru, Cheras. Di sini, anak-anak Rohingya dibekalkan dengan ilmu pengetahuan dan pendidikan agama agar mereka dibentuk menjadi generasi berilmu, mempunyai jati diri dan berahlak mulia.

6. Demi solidariti kepada masyarakat Rohingya yang tertindas, maka MRA :-
a. Menggesa pihak PBB, OIC dan ASEAN untuk segera bertindak engan apa jua cara bagi menamatkan segera kempen pembersihan etnik di Arakan. 
b. Menggesa Duta Myanmar ke Malaysia atau wakil diplomatik mereka segera menjelaskan kepada kerajaan Malaysia mengenai situasi sebenar di Arakan dan langkah-langkah pencegahan konkrit yang akan dan telah diambil oleh kerajaan Myanmar yang berpusat di Yangon untuk memastikan kempen-kempen pembersihan etnik segera dihentikan. 
c. Membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan oleh organisasi kemanusiaan antarabangsa dan tempatan secara serta merta bagi membantu semua pelarian Rohingya yang memerlukan bantuan. 
d. Menjalankan kerjasama dengan kerajaan Bangladesh di kawasan sempadan dan kem-kem penempatan sementara di Bangladesh bagi membawa masuk bantuan kemanusiaan yang diperlukan serta sumber kewangan antarabangsa untuk membantu pelarian.

7. MRA akan meneruskan “Tabung Bantuan Kemanusiaan Rohingya” dengan menyasarkan bantuan kewangan berjumlah RM 1 juta berupa bantuan kecemasan, perubatan dan juga bantuan jangka panjang. Kepada rakyat Malaysia yang berhasrat untuk menyumbang, anda boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank 5640 9820 6365 di atas nama Malaysian Relief Agency atau sila hubungi MRA di nombor 03-9174 4672 / 013-337 1672 atau lawat laman sesawang www.mra.my.

Klik di sini untuk menyumbang :
https://www.facebook.com/MalaysianReliefAge…/…/251458316228/

Tn Hj Khairil Annuar Bin Khalid
Timbalan Presiden,
Malaysian Relief Agency (MRA)

Malaysian Relief Agency
5640 9820 6365

Malaysian Relief Agency Foundation
86000 59478

Malaysian Relief Agency Foundation
39885 91608

SUMBANGKAN KEPADA KAMI

EMEL KEPADA KAMI

admin@mra.my

ALAMAT

Malaysian Relief Agency

C 45 - 2, 
Jalan Danau Lumayan,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur, MALAYSIA.
+603 - 9174 4672 (Tel)
+603 - 9174 6672 (Fax)
+6013 - 337 1672 (WHATSAPP / SMS)

PROGRAM KAMI